Tuesday, March 24, 2009

Senarai Harga Anak Ikan Kelah

Salam Sejahtera,

Kami mempunyai stok anak ikan kelah untuk dijual. Kepada yang berminat, bolehlah membuat tempahan dengan segera. Senarai harga adalah seperti berikut: -

[Tarikh Efektif: Mac 2009]
Saiz 2-3 inci: RM5/ekor
Saiz 3-4.5 inci: RM10/ekor
Saiz 4.5-6 inci: RM30/ekor

Stok anak ikan bersaiz 3 inci adalah yang paling banyak. Stok anak ikan yang bersaiz lebih besar dari 3 inci adalah terhad setakat ini.

Lokasi kami adalah di Kampung Lata Rek, Kuala Krai, Kelantan. Khidmat penghantaran tidak disediakan buat masa ini.

Salam Hormat,






Thursday, March 19, 2009

Fakta Mengenai Ikan Kelah

Salam sejahtera,
Berikut adalah fakta-fakta mengenai ikan kelah: -
  • Keluarga: Cyprinidae
  • Nama: Malaysian Mahseer (Inggeris); Tor Tambroides (Saintifik)
  • Biologi: Mendiami sungai dan tasik, dan naik ke anak sungai yang pantas serta dasar sungai yang berbatu-batan untuk membiak. Merupakan omnivor dan makan bukan sahaja alga, krustasia, serangga, katak, dan ikan yang lain, tetapi juga buah-buahan yang jatuh daripada pokok-pokok.
  • Kepentingan Ekonomi: Merupakan ikan yang mempunyai nilai komersial yang tinggi, samada untuk tujuan hiasan atau makanan.

Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai spesies ikan kelah di dunia. Di Malaysia, biasanya terdapat dua jenis iaitu tor tambroides dan tor douronensis. Antara negeri-negeri di Malaysia yang menjadi habitat ikan kelah ialah Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Sabah dan Sarawak. Nama lain digunakan untuk ikan kelah di Sabah dan Sarawak.

Untuk fakta selanjutnya, sila lawati laman web berikut:-

1) http://ms.wikipedia.org/wiki/Ikan_Kelah

2) http://www.ketengah.gov.my/kenyir/ikan/kelah.htm

3) http://en.wikipedia.org/wiki/Mahseer

Salam Hormat,

Welcome to MyKelah Blog

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tujuan blog ini diadakan adalah untuk berkongsi pengalaman dan maklumat berkaitan ikan kelah bersama komuniti peminat ikan kelah secara online serta membina jaringan agar dapat belajar antara satu sama lain.
Penglibatan rakan-rakan peminat ikan kelah dalam blog ini amatlah dihargai.
Salam Hormat,